Sabtu, 30 Ogos 2008

Ramadhan Muncul Lagi

cepatnya masa berlalu pergi..ramadhan tiba lagi...syukur kerana dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia ini...

salam ramadhan buat semua teman...semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita semua...selamat berpuasa...

Photobucket

Warisan

mula2 sekali dengar lagu ni masa aku sekolah menengah dulu...masa aku menghadiri kem biro tatanegara...ada lagi ker biro tatanegara sekarang ni ekk?...dah lama tak dengar...ada dua lagu berunsur patriotik yang menggunakan tajuk yang sama...dua2 lagu aku suka...

marilah kita sama2 menghayati lagu warisan ni...




WARISAN


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Merdeka 51 Tahun

esok genap 51 tahun negara kita merdeka...setakat mana kita semua menghayati erti kemerdekaan...dan setakat mana aku sendiri menghayati erti kemerdekaan...mampukah kita semua merasai perit getir orang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan?...dan mampukah kita mempertahankan kemerdekaan negara kita?...

salam merdeka untuk semua...

Kitab Tajul Muluk ( Hari Dilahirkan )

di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.(Tapi jgn terlalu taksub udah ler yek!!!)

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai
mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT

Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan
suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

hari apa korang dilahirkan?...

Selasa, 26 Ogos 2008

Kediaman Pertama...

aku dan hasben ambil kesempatan masa pergi ke sarawak hari tu untuk kembali ke kediaman pertama kami bergelar suami isteri...rumah pertama kami...sini lah tempat pertama yang kami tuju lepas dapat keter...

dulu tak pernah pun terpikir yang satu hari nanti aku akan rindu pada rumah ni...rindu kawasan dan persekitaran...rindu pada kenangan silam...

sempat jugak aku ambil gambar...dan memang itu pun tujuan aku...

Photobucket
rumah tingkat 3 sebelah kanan...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Isnin, 25 Ogos 2008

Di Tag oleh Zamz

ni kali pertama aku kena tag...mekasih ya zamz... :P
macam zamz...aku pun tak la suka di tag...hahaha...tapi aku akan cuba buat yang terbaik...

The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog. I have to write about my self? Do I have to be honest? or just write in by using a mask at my face.


7 Facts about me :

1. aku sorang yang susah nak tegur orang kalau tak kenal...susah nak mula berkawan (tapi aku jadi ramah dalam dunia maya niii...huhu...)pendiam dengan orang yang jumpa kali pertama...tak reti nak borak dengan orang lebih tua dari aku...selalunya...sepatah orang tanya...sepatah la aku jawab...kalau dah lama kenal...aku jadi ramah la jugak...ikut mood masa tu...kadang2 terlebih ramah...kikiki...

2. aku orang yang paling benci bahasakan diri aku dengan aku...tapi sekali lagi kat blog ni...aku jadi sebaliknya...huhu...dunia dah berubah...hahaha...selalunya kalau borak kat shoutbox...aku masih kekalkan tak guna perkataan aku...aku jugak tak suka bila berborak dengan orang yang membahasakan diri dengan aku...pada aku...perkataan aku ni agak kasar untuk aku yang agak lembut...hahaha...

3. aku akan hilang selera kalau makan masakan yang tak pedas...tak apa kalau masakan tu tak pedas...tapi mesti ada cili potong kat sebelah aku waktu makan...

4. suka baca novel dan majalah...aku tak kisah kalau ada orang nak pinjam novel atau majalah aku...tapiiiiiiiii...macam mana aku bagi pinjam...macam tulah harus dipulangkan...aku akan pesan sebelum bagi pinjam...jangan lipat atau tumpahkan apa2 kat novel dan majalah aku tu...kalau ada kesan tak memuaskan bila novel atau majalah aku masa dipulangkan...itulah kali pertama dan terakhir aku pinjamkan kat orang tu...kira novel dan majalah aku tu cam nyawa aku laa...

5. aku suka melancong dan aktiviti2 luar...jalan2 kat tempat orang...tengok kehidupan orang...tengok budaya orang...salah satu hasrat aku yang belum tertunai sampai sekarang ialah mencandat sotong...ada saja halangan...kalau ikut semua hasrat...tak tersenarai...haha

6. aku cepat boring buat satu2 benda...masa mula2 nak buat cukup semangat...pastu...biasalah...hehehe...

7. fakta yang paling penting tentang aku...aku dah berkahwin lebih dari 10 tahun...bulan januari tahun 2009...genap 11 tahun aku bergelar isteri...cuma aku agak pelik bila ada yang tak percaya aku dah berkahwin...aku tak pernah sembunyi status aku sepanjang aku kenal dunia kedua ni...

ishhh...apasal nak 7 ajer niii...rasa cam banyak lagi nak tulis niii...ekekeke...

aku sebenarnya tak la suka tag orang lain sebab aku pun tak la suka di tag...tapi aku ikut rule dia la kannn...buat apa ada rule kalau kita tak ikut...hahaha...kalau ikut senarai teman2 aku kat sini...ada berapa kerat saja...tapi tiba2 aku terpikir mereka2 yang aku boleh tag...bersedia atau tidak...anda akan di tag...hehehe...

1. Tempe
2. Ena
3. Data
4. Whitedolfin
5. Inaz
6. Amy
7. Gadez

ni ajer yang terpikir...pada korang...kalau rajin buat arrrr...tak ada paksaan...hehehe...
percayalahh...sebab nama korang yang tertera...maksudnya korang diingati...hikhik...

ermmm...kalau korang dah penah buat tag niii...kira korang dah buat la ekk...tak yah la buat dua kali...aku pun tak tau korang dah penah buat ker tak...hehehe...

untuk yang di tag...tq in advance...

Photobucket

Sabtu, 23 Ogos 2008

Teh 'C' Peng Special

hari pertama aku sampai kat sarawak...kawan hasben aku bawa minum kat satu kedai ni...mula tu aku order air milo...pastu kak siti (wife kawan hasben aku...merangkap bekas skot hasben aku) cancel order aku...dia orderkan aku teh 'c' peng special untuk aku...dia cakap...minuman ni tak jumpa kat semenanjung...dia suruh aku rasa...sedap tauuu...aku rasa cam tau rasa dia...tapi tak leh nak teka...kak siti kata...teh ni diletak gula merah...tapi aku tak rasa gula merah...aku rasa sikit cam cendol...hehehe...

hari kedua...aku ajak lagi hasben aku minum kat situ...dan hari2 seterusnyaa..huhuhu...tak tau berapa kali aku minum kat situ sampai aku tau apa resepinya...sebenarnya...kat bahagian bawah tu sirap pandan...kat tengah pulak...susu...dan bahagian atas tu teh susu...sebab tu lah ada rasa cendol sikit2...hehehe...

aku ada jugak minum teh 'c' peng special ni kat tempat lain...tapi rasa tak sama...kat tempat lain tu aku rasa diaorg letak gula merah...rindu pulak dengan teh 'c' peng special ni...hehehe...

ni laaa...Teh 'C' Peng Special...

Photobucket

Jumaat, 22 Ogos 2008

Majlis Bertekun

tujuan asal aku ke sarawak untuk menghadiri majlis perkahwinan adik angkat aku di Lundu...bila dekat2 nak pergi...adik aku bagitau yang dia tgh 'berkawan' dengan budak kuching...abah suruh aku dengan hasben terus masuk meminang untuk adik aku tu...ntah laa...kalau ikut perasaan aku ni...malas aku nak meminang untuk dia...rasa cam aku rela adik aku tu jadi orang sarawak...aku tak cakap semua...tapi kebanyakkan orang yang kawin dengan orang sarawak memang akan tinggal di sana...naper ekkk?...sampaikan kawan hasben aku yang kawin dengan orang sarawak pun suruh hasben aku nasihat adik aku ni...dah penat mulut aku cakap dengan dia dari dia mula2 pergi kerja di sibu lagi...aku ingat lagi masa mula2 dia bagitau aku pasal budak pompuan ni...dari cakap kat henpon...kami berpindah ke ym...

adik : adik bagitau kak sebab adik takut kak tak suka dengan dia nanti
aku : kak tak suka dengan hang la
adik : :(
adik : kak jangan la macam tu
aku : kak melawak saja

aku melawak perkara ni?...sebenarnya aku tak melawak dengan dia kalau dia kenal aku...tapi aku tak sampai hati nak biar dia rasa lebih dari tu...baik buruk...dia tetap adik aku...aku cuma nak dia bahagia...tapi dalam masa yang sama...aku nak dia tak jauh dari mata aku dan family...kalau itu pilihan dia...apa yang aku boleh buat selain merelakan...bunga2 kehilangan dia dah aku rasa masa kat sarawak ari tu...cuma perangai dia dengan aku masih tak berubah...sentiasa buat aku serba salah...

adat orang sarawak tak sama dengan adat kita di semenanjung...majlis bertunang di sana semeriah majlis kenduri kawin...hantaran siap dibawa...cam adik angkat aku tu...majlis bertunang dia 19 hantaran...semua hantaran untuk majlis kawin di sini dah dibawa waktu bertunang...sebab kami tak bersedia dari awal...pihak sana cuma buat majlis bertekun...sama jugak la...untuk merisik dan bertunang terus...cuma majlis ni kecik saja la...tak ada hantaran...cuma bawa duit dan cincin...

Photobucket

pelik aku rasa...tapi tu lahh...adat kat tempat orang...aku kena bawak 'duit buka mulut' RM200...duit 'bertunang' RM200...duit 'adat' RM100...semuanya RM500...sebentuk cincin dan watikah pertunangan...huhuhu...semuanya adik aku yang sediakan...aku mana tau nak buat watikah tunang ni...masa aku bertunang dulu mana ada semua tu...

sekarang...aku dah tak tau nak rasa apa...perkara dah jadi...aku cuma boleh tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi...harap dia bahagia...

Khamis, 14 Ogos 2008

Kek Sarawak

cantik tengok kek sarawak ni...leh tahan sedapnya...cuma pada aku terlalu manis...
susah ker nak buat?...aku leh jamin...memang susah kalau takat buat sekali sekala...aku sendiri dah serik nak buat...aku kata susah sebab aku memang penah buat kek sarawak ni...kena banyak sabar...tu yang tak tahan...hahaha...

susah buat...untuk cantik dipandang mata...tapi masuk mulut...dah tak cantik arrr...harhar...dan selalunya rasa kek sarawak ni tak banyak beza...bahan2 dia lak leh tahan...kira high kos la berbanding kek biasa yang kita buat tu...kalau kek lapis kukus sarawak lak yang cam penah aku buat dulu...menderita nak sudahkan kukus adunan dia...ni cakap amatur la kann...yang dah pro tu...pejam mata leh buat kot...kikiki...

masa aku kat sarawak dulu...susah nak cari kek sarawak ni...masa bulan raya saja leh jumpa...sekarang aku tengok ramai yang jual kek sarawak ni kat kaki lima kedai2 cenderamata depan waterfront...sempat jalan kejap tadi...

ni antara kek2 sarawak yang sempat aku snap tadi...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Laksa Sarawak

dah lama tak makan laksa sarawak...ada la lebih kurang 8 tahun nan lalu...sejak aku meninggalkan bumi sarawak...
aku makan kat cafe di waterfront...meoww...kuching arr...kikiki
panas giler cuaca kat sini...sedap tu...kira ok la kat deria rasa aku niii...

Photobucket

Rabu, 13 Ogos 2008

Rabu yang haru biru

malas nak citer banyak...banyak sangat kejadian yang berlaku hari niii...macam2 rasa ada...gembira...sedih...geram...cuma blum sampai tahap benci saja lagi...huhuhu...

rasa nak rehat ajer sekarang...aku kat sarawak sekarang niii...nanti ahh citer lagi...untuk teman2 yang berkunjung...untuk korang semua...cewahhh...cam ramai yang datang siniii...kikiki...ni antara lagu kegemaran aku...





ANDAI KU TAHU ~ Ungu

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Sabtu, 9 Ogos 2008

kenapa blog saya tak ramai pelawat macam blog dia??

tajuk atas ni aku copy terus dari blog niii... http://topotato.com ....kikiki...pertama kali aku masuk blog dia...cam best baca tajuk tu...jangan marah yer topo...bukan pinjam...tapi saya memang tiru awak...ekekek...

bila baca pasal ni...aku teringat ada sorang mamat/minah tu posting kat shoutbox kawan aku nii... cara dia tulis tu...poyo ajer aku rasa...hahaha....

naper yer?...kita nak jeles menjeles antara satu sama lain...cara kita sebenarnya tak sama...apa yang kita suka...tak semestinya orang lain suka...kita insan yang berbeza...

ada yang suka orang tahu pasal blog dia...ada yang lebih suka syok sendiri...cam aku niii...hahaha...

ok lahhh...nak pegi baca blog topo jap...hehehe....

untuk topo...

Jumaat, 8 Ogos 2008

080808 - Olympic Beijing



cantik tarikh ni...080808...maka bermula satu sukan dunia di Beijing...buat semua atlit2 Malaysia...gud luck...semoga mendapat pingat yang diharapkan...tak mengapa andai tewas setelah berjuang dengan sepenuh tenaga...kalah menang adat pertandingan...cuma semangat juang jangan luntur dihati...semangat kesukanan sematkan didada...

Forever friends
In Harmony
Forever Friends
One dream we dream,
One world we share

One world one dream....




Khamis, 7 Ogos 2008

Buat Mu Teman...

dalam aku tengah tulis blog ni...aku masuk ker satu forum yang selalu aku lepak...harap sangat ada pm dari seseorang sebab sedikit aku rasa bersalah...takut dia salah faham pertanyaan ku...aku rasa cam jaga tepi suar dia lak...ekekeke...

sebenarnya dah agak lama aku tertanya...cuma tak berani bersuara...akhirnya aku beranikan diri bertanya...apa soalan ku...biarlah itu menjadi rahsia antara kami...

pada ku dia seorang lelaki yang agak lembut pertuturan...tenang untuk menjadi seorang teman...pandai mengambil hati...bijak mengawal perasaan...walaupun aku sebenarnya tak pernah berbual dengan dia apatah lagi bersemuka...cuma forum, blog dan pm menjadi penghubung kami...

sebagai wanita...mungkin dia calon yang sesuai untuk menjadi seorang teman hidup...itu sebagai wanita...tapi sebagai aku...dia cuma teman tapi mesra ku...tak lebih dari itu...aku hargai perhubungan kami...aku juga yakin dia pun begitu...

apa yang aku harapkan...menjadi nyata...ada pm yang dihantar pada ku...berdebar masa membukanya sebab aku tak tahu apa reaksinya terhadap pm ku yang sedikit menyentuh soal peribadinya...

alhamdulillah...aku bersyukur yang dia boleh terima pertanyaan ku dengan hati terbuka dan menjawap dengan jawapan yang paling ikhlas aku rasa...aku agak tersentuh dengan ayat terakhirnya...

entah mengapa aku rasa seperti nak menulis sesuatu tentang dirinya...maka lahirlah luahan hati ku kat sini...luahan hati?...mak aiii...ayat tak hengat....ekekeke...

masa aku tulis blog ni...aku tengah dengar lagu uji rashid...hendak ku tanya terasa malu...aku pernah tujukan lagu ni pada dia satu masa dulu sebab kebetulan dalam lagu ni ada sebahagian nickname ku dalam forum tersebut dan ada perkataan yang dia guna dalam blog dia...untuk dia teman tapi mesra ku...layannnnn....lalalala....




Hendak Ku Tanya Terasa Malu
Artist: Uji Rashid

Bunga cempaka dalam jambangan
Suntingan dara jelita
Bunga cempaka dalam jambangan
Suntingan dara jelita

Bertemu dia orang yang budiman
Hati bertanya-tanya
Bertemu dia orang yang budiman
Hati bertanya-tanya

la la la la
la la la la
Siapa gerangan dia

Pungguk berlagu di pohon ara
Suara mendayu-dayu
Pungguk berlagu di pohon ara
Suara mendayu-dayu

Pandang wajahnya dengan sungguh mesra
Dia hanya membisu
Pandang wajahnya dengan sungguh mesra
Dia hanya membisu

la la la la
la la la la
Ingin kenal dengannya

Lautan tenang biduk berlalu
Menuju kepulau satu
Lautan tenang biduk berlalu
Menuju kepulau satu

Haruskah aku yang mula dulu
Jiwa rasa tak tentu
Haruskah aku yang mula dulu
Jiwa rasa tak tentu

la la la la
la la la la
Aku berangan angan

Gugurlah bunga ditiup bayu
Tiada lagi harumnya
Gugurlah bunga ditiup bayu
Tiada lagi harumnya

Hendak ku tanya terasa malu
Aku memendam rasa
Hendak ku tanya terasa malu
Aku memendam rasa

la la la la
la la la la
Aku mencari cari


errr...cari lagu ni kat youtube tadi...kat youtube leh tengok...bila masuk sini..."this video is no longer available"...huhuhu...dengar lagu ajer lah ekkk...enjoy sweetheart...hehehe...

Terimbas Kembali

masa tengah2 syok tengok citer chocolate love tadi...tiba2 ada orang ketuk pintu..kuat lak tuu...terkejut aku yang tengah layan perasaan...hahaha...

tak buka pintu pun...tengok ikut tingkap ajer...rupa2nya indon jual penyapu dan ntah apa lagi yang dibawaknya...tak berani ahh aku bukak pintu...

teringat aku masa kecik2 dulu...selalu ada orang thailand datang junjung raga besar atas kepala...kat kampung aku diaorang panggil orang cam ni "orang chenak"...aku pun tak penah tanya apa maksud orang chenak...macam2 barang yang dia bawak...dari selimut..periuk dan makanan ringan kanak2...selalunya yang junjung barang ni...orang yang dah tua...kesian jugak aku tengok...

aku ingat lagi...dia lilit kepala dia dengan kain pastu baru letak raga yang berisi barang kat atas kepala...selalunya...tok akan beli periuk...aku lak akan beli "bepang" dan belon...bulan belon cam sekarang niii...belon ni ada dalam tiup kecil...pastu ada satu strow kecil untuk tiup...benda dalam tiup tu cam gam...picit dan letak gam tu kat ujung strow tuu...pastu tiup...dapat la belon...hehehe...bestnyaa...wangi ajer bau belon tuu...tak pasti la sekarang ni ada lagi ker tak...sian kalau tak beli apa2kan...bukan apa...tolong ringankan beban dia...ekekek...

bepang ni sejenis makanan yang dibuat dari beras...dimampat dan di potong jadi bentuk 4 segi...rasanya rangup dan manis...gambar kat bawah ni la rupa bepang...cuma bezanya...ni bepang kacang...yang aku makan kecik2 dulu bepang beras...



aku pun dah tak tahu ada lagi ker tak orang chenak ni datang kat kampung aku...tapi kat kawasan aku duduk ni...selalu tengok bangla, pakistan atau indon datang bawak kain, carpet dan ntah apa2 lagi...aku tak penah tengok cara dekat...

kadang2 rasa pelik sebab diaorang masih boleh hidup dengan cara bawak barang cam tu kat bandar cam ni...bukan susah nak dapat keperluan cam tu kat kedai2 yang pasti ada lebih banyak pilihan...cuma satu yang aku rasa orang masih beli dari bangla, pakistan atau indon ni...leh bayar ansur2...

apa pun bagus untuk diaorang sebab berusaha mencari rezeki yang halal...berusaha untuk orang2 kita yang makin malas...hahaha...

Rabu, 6 Ogos 2008

Separuh nyawa ku hilang...

pertama kali dalam sejarah hidup kami...tiba2 hasben rebah semalam...separuh dari nyawa ku tiba2 hilang...aku betul2 panik...seb baik dia terus sedar lepas rebah...katanya dia rasa nak pitam...pastu terus tak sedar...

aku takut...takut sekali...tak dapat aku gambarkan perasaan aku masa tu...tak tahu apa puncanya...mungkin kah sebab tekanan darahnya yang rendah...mewarisinya dari keluarga...atau tahap kolestrolnya yang tinggi...aku benar2 berharap...tak ada perkara yang buruk lagi berlaku...dialah nyawa ku...

katanya esok baru nak check darah...tapi aku berkeras untuk buat pemeriksaan petang ni jugak...lupa lak yang sebelum ambik darah tak leh makan...so jumaat ni baru ambik darah..yang tak bestnyaa...aku sekali kena check darah...uwaaaa...lebam lagi la tangan kuu...rasa cam ngeri bila nak ambik darah...tiap2 tahun ambik darah pun masih takut...huhuhu...

terkenang balik peristiwa semalam...aku tiba2 rasa sesal sebab aku tak berani memandu kereta...fobia nak memandu masih tak hilang sampai sekarang...aku jadi takut duduk kat tempat memandu tu...pegang stering buat aku rasa nak menggigil...semuanya bermula lebih kurang 13 tahun yang lepas...

aku dah seluruh ahli keluarga ku pergi bercuti disebelah pantai timur sambil melawat saudara yang tinggal disana...dalam perjalanan pulang...abah suruh aku memandu...waktu tu lewat malam...aku yakin dapat memandu masa tu...rasa blum mengantuk...aku tak pasti berapa lama memandu...aku terlelap...aku hampir membuatkan seluruh ahli keluarga ku jatuh kedalam gaung...nasib baik abah yang duduk disebelah ku tersedar dah memusing stering...aku terus jadi fobia...bila nak bawak kereta...perkara tu macam terimbas balik...ulang dan ulang...aku tak ada keyakinan diri untuk memandu lagi...

tapi...semalam...aku tersedar...apa akan berlaku kalau aku masih takut untuk memandu?...siapa nak bawa suami ku ke hospital...aduhhh...beratnya rasa...mampukah aku memandu balik niii...masa akan menentukan...rasanya masa tu dah banyak yang terbuang...ada lesen tapi takut nak memandu kereta...pening dibuatnya...

Selasa, 5 Ogos 2008

Mendung tak bererti hujan...



pagi ni sayu ajer cuaca...mendung...sampai sekarang dah pukul 12.30 tgh pun cuaca redup...senang mata memandang...aku suka cuaca cam ni dari panas terik...sejuk sangat pun aku tak suka jugak...rimas nak pakai baju tebal2...huhuhu...

dah agak lama tak hujan disini...panas terik memanjang...tiba2 rasa rindu pada hujan...hujan oh hujan...dimanakah kau...hikhik...

kalau cuaca cam ni sepanjang tahun kan best...nak kuar pun selesa...tak panas dan tak sejuk...

ada lagu tau untuk tajuk entri nii...layannnnn.....

Mendung Tak Bererti Hujan
Artist: Ella, Feat: Deddy Dores

Masa lalu kita di dalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku jua keyakinan
Ku goyah oleh keadaan

Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
Masih ada ruang kesempatan memilikinya

Aku ingin mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi

Aku ingin kau tahu isi hatiku
Ku cinta padamu kasihku padamu
Putih tak ternoda
Untuk dirimu
Hanya untukmu...

Isnin, 4 Ogos 2008

Bibi Blocksberg



ni filem german...pasal sorang budak nama bibi dan mak dia yang ahli sihir...aku dah tengok citer ni kat astro kirana sebelum ni...malam ni ulang balik...tengok balik sambil2 melayan pc ni...best citer dia...santai saja tengok...

biasa la kan...kalau ahli sihir tu mesti pompuan...huhuhu...lelaki tak ada ker yang jadi ahli sihir ni?...kalau aku jadi pengarah filem...aku nak buat filem yang ahli sihir tu lelaki...hahaha...

bila citer pasal ahli sihir ni...mesti tak lepas dari penyapu terbang...cuba korang bayangkan...betapa jimatnya nak pegi mana2 kalau naik penyapu ni...tak yah isi minyak...hehehe...

aku memang suka filem2 yang jenis cam ni...jenis yang tak heavy...santai saja...tak membebankan batu jemala beta...hahaha...

ni la budak nama bibi dengan batu kristalnyaaa...



ni pulak tempat pertemuan ahli2 sihir niii...



citer2 cam ni harap aku tengok sorang2 laa...hehehe...

tiba2 aku teringat ahli sihir lelaki...harry potter...dah ada rupanya ahli sihir lelaki...hehehe...terkubur la kerjayaku sebagai pengarah pilem...harhar...
harry potter ku yang cumil...

Amarantine


Song lyrics | Amarantine lyrics

kali pertama dengar lagu ni...aku cuma terkenangkan seorang teman lama...teman satu sekolah, satu asrama, satu kelas...teman yang agak rapat...teman untuk nakal2...teman untuk baik2...kikiki...

kami dibesarkan dalam keluarga yang sederhana...beza kami cuma...aku kaya dengan kasih sayang dari keluarga dan dia sebaliknya...apa pun hidup perlu diteruskan...kadang2 aku rasa perjalanan hidup ni agak aneh...

dia mendapat keputusan SPM yang lebih baik dari ku...tapi desakan hidup dan pilihan keluarganya dia dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga dalam usia yang terlalu muda pada ku...masa aku kat U..dia sering menghantar surat...menceritakan masalah dan kehidupannya...sebagai teman...aku cuma boleh mendengar dan berkongsi rasa dengannya...apatah lagi suaminya memang aku kenali...anak saudara pada suami adik ibu ku...kenal pun gitu2 ajer...huhuhu...

jodoh tak panjang...akhirnyaaa...dia berpisah juga dengan suami...tak sampai setahun pun...tapi dia dikurniakan seorang anak lelaki yang comel...sebijik cam muka dia...masa tu aku cuma mampu bernafas lega...berbelas tahun menjanda...akhirnya dia bertemu jodoh...menjadi yang kedua...

rasanya aku terlalu faham hatinya...dia sering menghantar msg pada ku perihal lelaki yang sering mengajaknya berkahwin...anehkan...bila hatinya terbuka untuk lelaki yang telah bergelar suami...atau lelaki yang telah berkahwin lebih mahir dan bijak bermain kata dan hati seorang wanita...aku tak pasti...

sekali lagi dia kesorangan tanpa sokongan keluarga...cuma ada aku tempat mengadu nasib...aku sendiri pelik dengan keluarganya...kebahagian siapa yang diaorang harapkan?...orang lain atau anak sendiri?...anehhhh....

tahukah korang apa maksud "amarantine" tu?...
meh nak citer sikit...ni copy paste ajer niii...korang baca laaa....

The Greeks called it "amarantus" which meant "never withering".
In India, the Sanskrit word for this plant was "amarnath" which meant "king of immortality".
Swedish royalty recognized the strong and powerful by bestowing wreathes made of this plant.
The amaranth is a robust plant that contains small amounts of Squalene and is said to be the plant that never dies.

ermmm...amarantine ni nama sejenis bunga yang kononnya hidup abadi..ni la rupa bunga dia...ada ker bunga yang abadi?...anehhhh...hahaha....



aku cuma mengharapkan dia kekal bahagia hingga ke akhir hayat bersama suami sebab dia berhak memiliki kebahagian seperti insan2 lain...

untuk dia...salam kasih sayang dari ku...jarak tak pernah memisahkan kita...

Ahad, 3 Ogos 2008

Kenali Coklat...hahaha...

Aku sendiri tak pasti nak tulis apa disini memulakan blog ku yang kedua...harhar...memandangkan suami masih diopis dan baby pun dah tido...aku melayan pc ni sorang2...dari mendownload lagu2...sambil2 membaca gosip kat cari...sesekali menjengah JL dan berkunjung ker blog teman2...tiba2 teringat blog ku yang bersawang niii...

sebelum ni blog ni aku beri nama Diary Hati...tapi tak banyak yang aku rasa boleh kongsi disini...huhuhu...diary hidupku milik satu2nya lelaki bukan muhrim ku...hikhik...alasan...kikiki...

blog ni dah bersawang dengan labah2 yang sebesar gajah gamaknya sebab dah terlalu tua...kikiki...posting2 yang lama pun telah ku delete...menjadikan blog ni blog baru untuk ku...sekaligus ditukar menjadi Chocolate Luv...

aku pun tak tahu kenapa tiba2 terpikir nak namakan blog ni Chocolate Luv...aku ambil tajuk citer thai...best jugak citernya...yang pasti hero dia ensem...hahaha...dan mungkin aku juga salah seorang penggemar coklat...sebulan kalau tak dapat coklat tak sempurna hidupku...huhuhu...dan sesungguhnya dia pun tahu...

indahnya ketika menggigit coklat...tapi sanggup ker korang nak makan coklat niii?...rasa cam makan kasut pulak...hahaha...



tapi kalau cam ni rasa tak tahan...ngeeee....



opocot...baby nangis pulak...nak susu la tu...kejap ekk coklat...hehehe....
nak buat susu jap...

ermmm...sambung balik...masa buat susu baby terpikir yang coklat bukan hanya untuk dimakan tapi juga untuk diminum...sedapkan...jommm...kita minum dulu...



dari tak tahu apa nak tulis...dah panjang lebar dah...harap la blog ni tak bersawang lagi cam dulu...hahaha...

pada teman2 yang berkunjung...jangan lupa beli coklat untuk dimakan...ekekeke....
gurau ajer ekkk...terima kasih sebab sudi mengunjungi Chocolate Luv...untuk kalian...




oh yaaa...aku sebenarnya tak suka dengan perkataan aku yang aku gunakan ni...tapi nak tulis saya cam pelik bunyinya...apa aku merepek niii...huhuhu...

adios...