Jumaat, 22 Ogos 2008

Majlis Bertekun

tujuan asal aku ke sarawak untuk menghadiri majlis perkahwinan adik angkat aku di Lundu...bila dekat2 nak pergi...adik aku bagitau yang dia tgh 'berkawan' dengan budak kuching...abah suruh aku dengan hasben terus masuk meminang untuk adik aku tu...ntah laa...kalau ikut perasaan aku ni...malas aku nak meminang untuk dia...rasa cam aku rela adik aku tu jadi orang sarawak...aku tak cakap semua...tapi kebanyakkan orang yang kawin dengan orang sarawak memang akan tinggal di sana...naper ekkk?...sampaikan kawan hasben aku yang kawin dengan orang sarawak pun suruh hasben aku nasihat adik aku ni...dah penat mulut aku cakap dengan dia dari dia mula2 pergi kerja di sibu lagi...aku ingat lagi masa mula2 dia bagitau aku pasal budak pompuan ni...dari cakap kat henpon...kami berpindah ke ym...

adik : adik bagitau kak sebab adik takut kak tak suka dengan dia nanti
aku : kak tak suka dengan hang la
adik : :(
adik : kak jangan la macam tu
aku : kak melawak saja

aku melawak perkara ni?...sebenarnya aku tak melawak dengan dia kalau dia kenal aku...tapi aku tak sampai hati nak biar dia rasa lebih dari tu...baik buruk...dia tetap adik aku...aku cuma nak dia bahagia...tapi dalam masa yang sama...aku nak dia tak jauh dari mata aku dan family...kalau itu pilihan dia...apa yang aku boleh buat selain merelakan...bunga2 kehilangan dia dah aku rasa masa kat sarawak ari tu...cuma perangai dia dengan aku masih tak berubah...sentiasa buat aku serba salah...

adat orang sarawak tak sama dengan adat kita di semenanjung...majlis bertunang di sana semeriah majlis kenduri kawin...hantaran siap dibawa...cam adik angkat aku tu...majlis bertunang dia 19 hantaran...semua hantaran untuk majlis kawin di sini dah dibawa waktu bertunang...sebab kami tak bersedia dari awal...pihak sana cuma buat majlis bertekun...sama jugak la...untuk merisik dan bertunang terus...cuma majlis ni kecik saja la...tak ada hantaran...cuma bawa duit dan cincin...

Photobucket

pelik aku rasa...tapi tu lahh...adat kat tempat orang...aku kena bawak 'duit buka mulut' RM200...duit 'bertunang' RM200...duit 'adat' RM100...semuanya RM500...sebentuk cincin dan watikah pertunangan...huhuhu...semuanya adik aku yang sediakan...aku mana tau nak buat watikah tunang ni...masa aku bertunang dulu mana ada semua tu...

sekarang...aku dah tak tau nak rasa apa...perkara dah jadi...aku cuma boleh tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi...harap dia bahagia...

Tiada ulasan: